Order

Pesanan
Bagaimana ingin memesan?
Jika anda berada sekitar lebih kurang 30 km dari pusat bandar Kuala Lumpur, kami akan menyampaikan dari tangan kami. Kami cuma caj bayaran penghantaran sebanyak RM5.

Jika anda berada di dalam Malaysia iaitu diluar Lembah Kelang, kami akan mengenakan bayaran mengikut kadar caj Pos Laju (dari RM6.50 – RM20. Bergantung pada berat dan jarak). Penghantaran mengambil masa 2-3 hari dari hari bekerja.

Bagaimana ingin membayar?
Jika penghantaran dibuat dari tangan ke tangan, anda boleh membayar semasa penyerahan barangan jika harga barangan dibawah RM100.
Jika melebihi RM100 atau penghantaran luar dari Lembah Kelang, bayaran boleh dilakukan di Maybank2u kepada akaun:
Nama: Shahrane Bin Mat Zaini
Bank: Maybank
No akaun: 164548057858

Bagaimana caranya?
1. Pastikan kuantiti dan saiz barangan yang anda ingin pesan.
2. Hubungi kami apakah barangan yang anda ingin pesan mempunyai stok.
3. Menyediakan bayaran.
4. SMS atau email kepada kami:
Nama, alamat penuh, waktu dan tarikh transaksi bayaran ke Maybank2u, jenis barangan, kuantiti, saiz, kesediaan anda berada di alamat berikut.

Hubungi kami
Azlan +6 019-694 8254
Shah +6 019-376 8735
Zaidi +6 017-659 2812
email: pesandansampai@yahoo.com

Responses

  1. salam… saye ingin bertanye… saye nak beli Kitab Fadhilat Amal… kalo nak membeli, berapa perlu saya bayar?? sekarg saye kat s’wak… kalo penghantaran guna pos laju… brape bayaran utk kitab ni dgn pos nye skali?? insyaAllah nnt saye akn msg lagi kalo nak membeli…

    • salam. satu kitab berserta poslaju rm35

  2. Assalamualaikum,
    sy berasal daripada sarawak yang ingin mbeli buku fadhilat amal
    saya nk tanya harga sbenar (tmasuk harga pos) tuk smpai ke bintulu sarawak

  3. saya dr kelana jaya…bagaimana pnghantaran?dan harga termasuk pnghantaran?

    • Salam. Cash On Delivery. Sila klik “ORDER”

  4. bagaimana cara pesanan jika saya berada di Indonesia, Borneo (kalimantan Barat, Sekadau) dan termasuk kirimannya

    • harga pos akan menjadi mahal. lebih elok jika tuan beli di toko tempatan

  5. Saya nak beli buku fadhilat amal.Hantar di Sarikei Sarawak.

  6. Berapa kos penghantaran.

  7. asalamualaikum.,

    saya dari lombok mataram NTB indonesia,mau pesan siwak,berapa harganya?

    • walaikumsalam. harga pos melebihi harga siwak. tidak digalakan

  8. saya dari putatan kota kinabalu,sabah.Nak dapatkan buku kedua-dua buku itu.Berapa agaknya kos termasuk penghantaran utk dua buku itu,Begitu juga pakaian tu,sepasang misalnya?

    • salam. kedua2 kitab termasuk sepasang gamis berjumlah rm130

  9. saya ingin membuat pesanan kitab fadail amal dan munthakab hadis. saya berada di johor. berapakah jumlah yang saya perlu bayar(termasuk bayaran pos) untuk kedua dua buku ini.

  10. Assalamuailkun,
    Saya berminat untuk memberli Buku Fadhilat Amal. Jika saya berada di seri kembangan, sg besi. Pihak Tuan/Puan Akan menghantar melalui pos atau hantar by hand.

    Terima Kasih

    • Walaikumsalam. penghantaran Cash On Delivey. Sila sms alamat dan kesediaan masa/hari

  11. Assalamualaikum! Saya tak tahu saiz yang sesuai utk saya (Kurta dan seluar sunnah). Tinggi 178 cm, berat dalam 67 kg. Kalau pos ke WP Labuan, berapa kos semua sekali?

    • walaikumsalam. insyaAllah boleh pakai saiz L. jumlah rm75

  12. salam,
    nak tanya still operasi lagi ke? kalo saya nak order kayu sugi 60 btang, duk area johor.. boleh ke tempah?

    • boleh. penghantaran melalui poslaju. jumlah rm30 termasuk poslaju. sila sms nama, alamat penuh, talipon dan bank-in kan ke akaun maybank.
      jazakAllah

  13. assalamualikum,
    saya berminat untuk memesan buku fadhilat amal ini.
    saya berada di sekitar KL.

    bagaimana saya boleh mendapatkannya ?
    boleh hubungi saya melalui email ?

    jika boleh saya nak dapatkanya melalui by hand atau cod .

    • salam.
      sekitar kl COD. sila beri alamat penuh dan kesediaan masa/hari pada nombor telefon kami.

  14. Assalamualaikum,,,,Saya dari Lawas Sarawak,jika saya nak mebeli kayu sugi berapakah kos penghantaranya,,

    Terima kasih..

    • utk kayu sugi saja tak berbaloi. harga poslaju nya aja melebihi harga sugi..

  15. BRPA HRGA FADHILAT AMAL..UTK KE SANDAKAN?

  16. sya ingin mendptkan miswak dan mgk beberapa brgn lain…blh bgtau lokasi anda…sya tgl di rawang…terima kasih

    • Salam. Lokasi kami di cheras/ desa pandan. kami boleh hantar melalui poslaju.

  17. salam.
    Zaidi 017-659 2812 akan call tuan utk confirm masa/hari/tempat.

  18. salam

    ingin order sepasang kurta ke sandakan.
    berapa bayarannya??

    • Salam.
      Sandakan harga termasuk poslaj. Sekitar rm90

  19. salam,
    saya tinggal kwsan hulu langat,
    klu sy oder, tuan hantar byhand atau by post?

  20. salam..kalau sy nak order satu bku fadhilat amal ke sarawak, agak2 bila bleh smpai bku tu??

    • Wa’alaikummussalaam.
      Dalam masa 3-5hari waktu bekerja insyaAllah

  21. salam…kalau sy nak order satu buku fadhilat amal ke sarawak, agak2 bila bku tu akn smpai??

  22. assalamualaikum

    sy kat nilai, negeri sembilan.

    kalau pos ke sini sebuah kitab fadhilat amal, berapa harga ye nk bank-in pd anda?

    mekasih🙂

    • Wa’alaikummussalaam.
      Termasuk poslaju, sebuah kitab rm38

  23. Assalam,berapa harga pesanan Muntakab Hadith pos ke Perak

    • Wa’alaikummussalaam.
      Harga sebuah kitab termasuk poslaju rm38.

  24. terima kasih.sy maklum dari sms

  25. saya nak orde fadhilat amal dan muntacab hadith,saya di kemaman terengganu,berapakah kos kedua2 buku ni ,ni no tel saya 0129622437 man
    tolong respon

  26. assalamualaikum.. 2 kitab fadhail amal dan muntakhab ahadith masih ada stok? brp harga temasuk pos?

    • Wa’alaikumMusSalaam, harga skg dah naik.kitab rm30, poslaju rm12

  27. salam…
    kalau saya nk order utk buku Kitab Fadhilat Amal & Kitab Muntakhab Ahadith mcamana?

  28. asslamualaikum saya nak tanya berapa harga sepasang kurta termasuk dengan kos penghantaran,saya dari penang.

    • Wa’alaikumMussalaam, termasuk poslaju rm80

  29. assalamamualaikum
    harga kitab fadhilat amal dan munthakab hadis berapa termasuk pos ke Miri Sarawak?

  30. munthakab hadith ni versi kaler hijau atau kaler biru?? (edisi baru)

    • Yang baru belum keluar lagi. Yang biru dihentikan untuk diganti yg akan dikeluarkan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: